Sunday, October 21, 2007

Assalamualaikum



Program Score A merupakan satu bentuk pendidikan terhadap anak-anak untuk semua subjek hanya dari rumah. Segala apa yang mereka pelajari boleh dikeluarkan menerusi OutPut Learning yang diterapkan oleh Score A Program ini. Telah ramai ibu bapa dan guru-guru yang menyokong akan penggunaan program ini hasil dari kajian dan pengakuan sendiri oleh pelajar dan ibu bapa mereka.



Dibangunkan oleh Kenshido International Sdn. Bhd pada tahun 1999 dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia, sebanyak 100 ribu soalan yang mengikut standard serta piawaian kementerian telah disediakan di dalam program ini.



Pada tahun 2002, pihak kementerian Pelajaran Malaysia telah meminta Kenshido International agar memberikan program ini secara percuma secara percuma kepada 14 sekolah Bestari yang terpilih.



Pada tahun 2003 hasil dari penggunaan program ini oleh para pelajar telah mencatatkan 93 peratus pelajar-pelajar di semua sekolah yang menggunakannya mendapat kesemua A di dalam semua subjek bagi peringkat UPSR dan PMR.



Salah satu sekolah yang mendapat manfaat dari program ini ialah Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor yang mencatatkan 90 peratus pelajarnya mendapat kesemua A dalam PMR.



Program ini membolehkan pelajar hanya belajar di hadapan komputer sahaja melalui portal www.ScoreA.com. Dengan program ini pengguna akan mendapat beberapa manfaat seperti berikut:



1. Anak-anak hanya belajar dari rumah tanpa perlu berpenat-lelah ke pusat tuisyen. Bayangkan di sekolah anak-anak sudah menerima pembelajaran input selama 6 jam kemudian apabila pulang ke rumah mereka terpaksa pula bersiap ke pusat tuisyen. Jika mereka penat, sudah pasti kosentrasi mereka akan hilang dan akhirnya mereka tidak dapat belajar secara berkesan.